SYARIKAT GERGASI BAKAL TAJA THE RED WARRIORS ? ~ Blog Penyokong Bola Sepak Kelantan FA

Saturday 1 July 2017

KOTA BHARU: Pasukan bola sepak Kelantan dijangka mendapat tajaan baharu daripada sebuah syarikat elektronik yang beroperasi negeri ini, Rohm Wako Electronics (M) Sdn Bhd.

Khabar gembira buat skuad The Red Warriors (TRW) itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada menerusi akaun Facebook milikya, sebentar tadi. Entri berkenaan kemudian tersebar luas menerusi Facebook dan aplikasi WhatsApp, yang mana rata-rata netizen termasuk Pegawai Media KAFA, Md Zuki Deraman mengucap terima kasih terhadap syarikat terbabit. "Gembira apabila kawan kita "ROHM-Wako" akan menyertai keluarga The Red Warriors (TRW) tidak lama lagi," menurut entri terbabit. Hamada berkata perkara itu diketahui selepas pengarah urusan syarikat berkenaan memaklumkan mengenai kelulusan syarikat mereka bagi tajaan berkenaan. "(Pengarah Urusan) memberitahu saya yang akhirnya mereka mendapat kelulusan dari ketua pejabat di Jepun untuk menaja TRW, " katanya ringkas menerusi entri terbabit. 

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Harun Mamat, ketika dihubungi berkata, dia mengetahui perkara itu menerusi aplikasi sosial kumpulan WhatsApp selepas berita itu dikongsi ahli kumpulannya. "Jika betul ia adalah satu lagi berita baik buat penyokong dan peminat tegar pasukan Kelantan kerana ini sekali gus dapat menyelamatkan TRW daripada terus dibelenggu isu kewangan dan jatuh ke liga bawah. "Walaupun belum sah tetapi semua rakan-rakan penyokong gembira dengan khabar ini. "Harapan penyokong biarlah ia menjadi kenyataan dahulu dan berharap memberi perkembangan positif buat pasukan nanti," katanya. Rohm Wako adalah syarikat pengeluar peralatan elektronik yang mempunyai sebuah kilang terbesar di negeri ini.

Sumber : Berita Harian

1 comment:

  1. Harap mnnjadi kenyataan... rohm wako mmg satbil sejak dr dulu.. hari2 lalu depe kile dia dr bangunan kecil hinggalah jadi bangunan kilang paling tinggi dan besar area padang tembak tu... sama2 lah kita doakan... trw juara Liga Malaysia 2017...

    ReplyDelete